Tentang Kami

Legasi Penternak Unggul
Kenali Kami Tok Jebat...
Assalamualaikum selamat datang ke laman web rasmi Tok Jebat. Kami mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan selama lebih 5 tahun. Kami bermula pada tahun 2018 dengan hanya bermodalkan 7 ekor biri-biri sahaja. Sehingga kini kami telah berjaya menternak lebih 150 ekor biri-biri dengan purata jualan bulanan mencecah 10-12 ekor biri-biri.
Di Tok Jebat, kami menyediakan perkhidmatan untuk qurban & aqiqah, jualan ternakan hidup, program sheep stay dan juga pemberian infaq kepada golongan asnaf. Manakala masih dalam perancangan untuk kami menyediakan daging biri-biri secara frozen dalam masa terdekat, insya-Allah